Dalam membuat persiapan bagi pertandingan nasyid tasrif dan “hiwar”
bahasa arab bagi tingakatan dua dan tiga,dua orang wakil sekolah telah
mempersiapkan diri bagi pertandingan syarahan bahasa arab zon 3 pada 10 April
2013. Muhammad Azri b Mohamed dan Aziz Ifwat b Mohamed telah di wakilkan oleh
pihak sekolah untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah diadakan
di sekolah SMU (A) BUSTANUS SAADAH MORAK sebagai tuan rumah bagi pertandingan
ini.
Pertandingan ini telah di mulakan pada pukul 9.00 pagi bertempat di dewan bukaan dua kelas bersebelahan dengan kantin sekolah tersebut selepas sesi pendaftaran peserta. Majlis telah di mulakan dengan ummul kitab Al-fatihah oleh pengerusi majlis selepas semua para hakim dan pencata masa mengambil tempat masing-masing. Majlis telah di mulakan dengan ucapan dari ketua hakim yang telah membacakan beberapa peraturan umum dan markah yang telah di tetapkan bagi pengetahuan dan peringatan kepada penonton dan peserta yang hadir pada majlis pertandingan tersebut.
Peserta yang pertama adalah peserta lelaki dari sekolah SMU (a) Meheliah
Geting yang mengambil tempat di hadapan pentas dengan begitu bergaya sekali
namun tidak dapat di lihat bahawa peserta ini datang untuk menang. Hal ini
kerana peserta yang seterusnya dan seterusnya tidak kurang hebatnya di mana
peserta nombor tiga iaitu wakil dari sekolah kita juga telah memberi syarahan
yang terbaik biarpun suara yang lantang namun tidak dapat menarik perhatian
juri oleh kerana kegugupan beliau dalam pertandingan tersebut.
Peserta perempuan yang terakhir dari sekolah Maahad Muhammadi Tumpat
telah memukaukan para hakim dan penonton dengan gaya dan kefasihan beliau dalam
menyampaikan syarahan bahasa arab ini telah membuatkan para hakim sentiasa
tersenyum dan menggangguk faham akan syarahan yang di sampaikan oleh peserta
ini. Pada akhir,penyampaian hadiah telah di umumkan oleh ketua hakim dengan
tiga pemenang bagi peserta lelaki dan tiga peserta perempuan. Johan bagi
katogeri lelaki yany mencata markah keseluruhan adalah 84% adalah dari sekolah
MMT dan naib johan adalah sekolah dari MTST dan tempat ketiga pula jatuh kepada peserta
dari sekolah SMU (A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat dan ini menunjukkan bahawa
peserta bagi sekolah kita hanya mendapat saguhati dan sijil penyertaan namun
kami tetap berbangga akan pencapaian yang telah di berikan oleh dua orang
peserta dari sekolah kita.
Bagi
peserta perempuan pula johan telah di menangi oleh sekolah yang sama iaitu
peserta yang memberi syarahan yang memukau dari sekolah MMT yang bernama Fatin
Aqila dan naib johan pula peserta daripada tuan rumah manakala bagi tempat
ketiga jatuh kepada sekolah SMU (A) Maheliah Geting. Hadiah telah di sampaikan
oleh tuan mudir sekolah iaitu Ustaz Wan Fakhrurazi dan sesi bergambar bersama
pemenang di akhir majlis.
Maka
berakhir sudah pertandingan syarahan bahasa arab zon tiga dan kami mengucapkan
tahniah kepada para pemenang dan juga peserta dari sekolah kita juga kami
bangga kerana berani untuk berdiri di hadapan khalayak ramai. Semoga tahun
depan kemenangan berpihak pada sekolah kita pula InsyaALLAH.
oh this is a very informative
ReplyDeletepost! i actually enjoyed reading
this - very well explained too. thanks, this is very useful!
Great information..
Spare Parts JCB
Thank you for visiting this page. Will be added many more real soon.
ReplyDeleteado dok gambar nasyid sek kito?
ReplyDelete