KHAMIS | 13 JUN - Sesi persekolahan telah dimulakan kembali selepas
bercuti selama hampir dua minggu yang bermula pada 9 Jun yang lalu.
Pelbagai program telah dirancang dan bakal diadakan bermula pada minggu
ini. Warga BSB bersama-sama meraikan satu majlis yang menjadi tradisi
sejak awal penubuhan sekolah; iaitu Majlis Sambutan Hari Guru 2013.
Program yang dijana oleh idea dan aturcara yang bernas itu diketuai oleh
Ustaz Shaiful Adli yang dilantik sebagai Pengarah Majlis Sambutan Hari
Guru pada kali ini. Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dengan sukaneka
antara guru-guru perempuan di perkarangan sekolah. Alhamdulillah semua
guru memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan sukaneka tersebut.
Bagi guru-guru lelaki, mereka di bahagikan kepada 4 kumpulan untuk
berentap dalam perlawanan bola tampar dan Kumpulan 4 (diketuai oleh
Ustaz Shaiful Adli) telah menjuarai perlawanan tersebut. Seterusnya
majlis bersambung dengan acara-acara dewan. Antara acara yang diadakan
ialah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, nasyid, dan tayangan video. Majlis
turut disi dengan ucapan wakil pelajar, ucapan wakil guru, seterusnya
ucapan perasmian oleh Mudir BSB, Ustaz Suhaimi b. Sulaiman. Majlis
diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada guru-guru yang telah
dinobatkan untuk menerima anugerah mengikut kategori-kategori yang telah
disediakan.
No comments:
Post a Comment