18/07/2013

IMAM TERAWIH JEMPUTAN RAMADHAN 1434H

::: Ramadhan Kareem Fasa II :::

Alhamdulillah Ramadhan tahun ini ramai dalam kalangan guru-guru tahfiz BSB menjadi iman terawih jemputan di sekitar Kota Bharu dan Tumpat. Berikut adalah senarai guru-guru yang terlibat beserta masjid/surau;

Ustaz Azli & Ustaz Sidik - Surau Kubur, Kebakat
Ustaz Fakhruddin - Surau Mukmin Taman Dalam Rhu
Ustaz Wan Aminullah - Masjid Bunut Sarang Burung
Ustaz Shaiful - Surau Perumahan Dusun Muda
Ustaz Bahri - Masjid Kg Tini
Ustaz Rahman - Masjid Hutan Chengal
Ustaz Ubaidillah - Masjid Cherang Melintang

05/07/2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KALI PERTAMA 2013

KHAMIS | 4 JULAI - Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan izinNya masih lagi kita diberi kesempatan untuk merasai nikmat Islam dan iman. Pada pagi yang indah tepat jam 11.00 pagi, Majlis Khatam Al-Quran Kali Pertama 2013 telah diadakan hasil dari cetusan idea oleh Tuan Mudir SMU (A) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung, Ustaz Suhaimi bin Sulaiman dan digerakkan oleh Ustaz Sidik bin Hassan selaku Pengarah program. Tambahan pula, majlis pada pagi yang berbahagia ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi JPKS. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran beramai-ramai oleh seluruh warga BSB di Masjid Hafsah binti Umar dengan pembahagian mengikut kumpulan. Alunan bacaan Al-Quran bermula dari Surah Ad-Dhuha pula dimulai oleh Tuan Mudir, diikuti dengan bacaan surah-surah yang terkebelakang oleh guru-guru tahfiz. Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada pelaja-pelajar terbaik hafazan bagi penggal pertama tahun 2013 mengikut kelas yang diwakili masing-masing bermula dari pelajar Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima. Majlis kemudiannya diakhiri dengan solat Zohor berjemaah dan jamuan makan.