07/04/2018

Kejohanan Memanah Peringkat Wilayah Timur

Tahniah! Tempat Ke5 Berkumpulan Peringkat Wilayah Timur!

Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta peserta, guru pengiring, Al-Fadhil Ustaz Musrahimie dan jurulatih yang terlibat dalam Kejohanan Memanah Peringkat Wailayah Timur.
Kejohanan telah berlangsung pada 6 April 2018 bertempat di Maahad Tahfiz Wal Qiraat, Pulai Chongdong.












04/04/2018

KAJIAN RINTIS Trends In Mathematics and Science Study (TIMSS) 2019

SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung merupakan antara sekolah yang bertuah kerana telah dipilih untuk terlibat di dalam Kajian Rintis TIMSS 2019. Kajian antarabangsa ini melibatkan seramai 56 orang pelajar Tingkatan 3 sebagai sampel.

Ujian Kajian Rintis TIMSS 2019 telah berlangsung pada 4 & 5 April 2019 bertempat di SK Chenderong Batu.



03/04/2018

MESYUARAT PIBG KALI KE 16

Mesyuarat PIBG kali ke 16 telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Mac 2018 bersamaan 13 Rejab 1439H bertempat di Dewan Terbuka SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz. Mesyuarat PIBG telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau)