28/04/2013

PESTA SUKAN SEKOLAH (PESKO) 2013



Pada pagi yang indah,keheningan dalam menyambut hari sukan sekolah telah di siap-sediakan oleh para pelajar sekolah dengan memakai baju sukan yang lengkap. Kehadiran warga pendidik yang datang dari awal pagi telah mengamakkan lagi suasana hari sukan sekolah.Dengan ini hari sukan sekolah telah di mulakan dengan bacaan doa dari adik Sharqawi dan  majlis perasmian oleh pengetua sekolah, Haji Suhaimi bin Sulaiman. Beliau telah berkata bahawa dalam bersukan ini kita perlu menitikberatkan penjagaan aurat. Selain itu,pelajar perlu terlibat dengan aktif dalam aktiviti kokurikulum yang di anjurkan oleh pihak sekolah.

Selepas majlis perasmian,sukan sekolah telah di mulakan dengan pertandingan bola sepak dan sepak takraw. Pertandingan ini telah berjalan dengan begitu lancar natijah daripada sokongan dalam pasukan rumah masing-masing dan kerjasama antara pelajar dengan guru. Ustaz Khalil selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah berkata bahawa penyertaan daripada pelajar amat mengalakkan dan guru-guru juga telah mengambil peluang untuk memeriahkan lagi hari sukan dengan membuka gerai jualan makanan kepada para pelajar. Dalam pada itu juga penyertaan pelajar dalam permainan bola tampar amat menggalakan biarpun panas terik semakin membahang. Selepas itu,permainan sepak raga daripada penyertaan tingkatan satu dan dua telah mengamakkan lagi suasana sukan sekolah.

Pada pukul 12.00 tengah hari para pelajar telah berkumpul di hadapan astaka seusainya pertandingan bola sepak dari rumah Biru sebagai johan yang bertanding pula dengan para guru lelaki. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PK HEM sekolah dan juga penyampaian hadiah bagi pemenang minggu bahasa arab. Keseluruhan telah mencatatkan bahawa rumah Biru sebagai pemenang rumah sukan bagi sesi 2013 dengan menewaskan semua rumah sukan bagi setiap permainan kecuali permainan bola tampar menduduki tempat ketiga.


No comments:

Post a Comment