24/10/2015

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sesi 2016



Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sesi 2016,Dibuka Sekarang Sehingga 4 Disember 2015,Tarikh Ujian Kemasukan Pada 7 Disember 2015.

1.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.1  Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 2003 adalah layak memohon masuk SMU (A) TARBIAH DINIAH TAHFIZ.

1.2  Keputusan UPSR 2015 Sekurang-kurangnya mendapat 2A & Keatas
       
1.3  Tamat bacaan Al-Quran 30 Juzuk.
       
      1.4  Berminat menghafaz Al-Quran 30 Juzu’
       
1.5  Boleh membaca dan menulis jawi dan rumi
       
1.6  Berminat menguasai Bahasa Arab
       
1.7  Berminat mendalami ilmu agama dan akademik
       
1.8  Lulus temuduga


2.0 MAKLUMAN: Permohonan untuk sessi 2016 akan ditutup 4 Disember 2015 -                                     Permohonan boleh dibuat di Pejabat SMU(A) TDT
                          -Borang permohonan boleh didapati di Pejabat SMU(A) TDT


3.0 TEMPOH PENGAJIAN :-

3.1 Setiap pelajar akan melalui proses pengajian selama 5 .

3.2 Menduduki peperiksaan PT3, SMU dan SPM. Pelajar juga akan dinilai keupayaannya dalam menguasai Al-Quran, Ulum Diniah (Ilmu-Ilmu Agama).

4.0 KURIKULUM
  
  Gabungan tiga kurikulum di dalam sistem  pendidikan:-

4.1 Kurikulum Pengajian Tahfiz al-Quran , hafazan al-Quran 30 Juzu’, Tajwid, Adab al-Quran dan Ulum al-            Quran.

4.2 Kurikulum Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan. Tafsir, Hadith, Tauhid, Feqah, Sirah
     Nawawiyyah, Nahu Sorf, Muthola’ah dan Nusus, Akhlak, Insya’ dan Jawi.

4.3 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah,
     Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Kemahiran Hidup Bersepatu dan Geografi.

4.5 Pengesahan dikeluarkan apabila pelajar menamatkan hafazan Al-Quran dengan lulus ujian yang ditetapkan.

5.0 KO-KURIKULUM
  
  5.1 Persatuan/ Badan
          -> Badan Dakwah dan kepimpinan
          -> Badan Disiplin/Persatuan/Kelab Akademik
  
 5.2  Sukan dan Permainan
          -> Seni mempertahankan diri
          -> Ping-Pong. Sepak Takraw, Badminton ,Futsal
  
 5.3  Program Tarbiah
          -> Kuliah, Usrah dan Tazkirah
          -> Rehlah/ Mukhayyam/ Lawatan dan Kursus


6.0 PAKAIAN SERAGAM
   
   6.1 Jubah Putih,
   
   6.2 Kopiah Putih
   
   6.3 Serban  Putih
   
   6.4 Seluar Hitam
   
   6.5 Kasut  dan stokin Hitam
   
   6.7 Baju Asrama
   
   6.8 Baju Ko-Kurikulum
   
   6.9 Kad pelajar 


  










No comments:

Post a Comment