15/06/2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2013

KHAMIS | 13 JUN - Sesi persekolahan telah dimulakan kembali selepas bercuti selama hampir dua minggu yang bermula pada 9 Jun yang lalu. Pelbagai program telah dirancang dan bakal diadakan bermula pada minggu ini. Warga BSB bersama-sama meraikan satu majlis yang menjadi tradisi sejak awal penubuhan sekolah; iaitu Majlis Sambutan Hari Guru 2013. Program yang dijana oleh idea dan aturcara yang bernas itu diketuai oleh Ustaz Shaiful Adli yang dilantik sebagai Pengarah Majlis Sambutan Hari Guru pada kali ini. Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dengan sukaneka antara guru-guru perempuan di perkarangan sekolah. Alhamdulillah semua guru memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan sukaneka tersebut. Bagi guru-guru lelaki, mereka di bahagikan kepada 4 kumpulan untuk berentap dalam perlawanan bola tampar dan Kumpulan 4 (diketuai oleh Ustaz Shaiful Adli) telah menjuarai perlawanan tersebut. Seterusnya majlis bersambung dengan acara-acara dewan. Antara acara yang diadakan ialah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, nasyid, dan tayangan video. Majlis turut disi dengan ucapan wakil pelajar, ucapan wakil guru, seterusnya ucapan perasmian oleh Mudir BSB, Ustaz Suhaimi b. Sulaiman. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada guru-guru yang telah dinobatkan untuk menerima anugerah mengikut kategori-kategori yang telah disediakan. 
 

No comments:

Post a Comment