15/05/2013

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN



Janji daripada pihak kerajaan untuk membantu pelajar rakyat Malaysia telah di tunaikan apabila pihak sekolah  SMU (A) TARBIAH DINIAH BUNUT SARANG BURUNG  telah diminta untuk membuat majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan bagi sesi 2013. Majlis tersebut dengan jayanya telah di laksanakan oleh pihak sekolah pada hari Isnin yang lalu bertarikh 18 Mac 2013.


Sebelum hari penyampaian, pihak sekolah telah mengirimkan surat jemputan ke majlis tersebut kepada para ibubapa dan penjaga pelajar. Hal ini kerana syarat penerimaaan bantuan persekolahan ini mesti di wakili oleh ibubapa atau penjaga para pelajar dan pelajar tidak di benarkan untuk mengambil wang tersebut tanpa wakil dari ibubapa. Walau bagaimanapun, bagi ibubapa atau penjaga yang berada luar Kelantan di benarkan untuk mengambil dengan syarat bantuan tersebut mestilah di masukkan terlebih dahulu kedalam akaun simpanan sekolah masing-masing.

Majlis telah bermula dengan kehadiran ibubapa dan penjaga seawal jam 02.45 petang dan majlis penyampaian di adakan di atas Masjid sekolah iaitu Masjid Hafsah BINTI Umar R.A. Para guru bagi setiap kelas telah di tugaskan untuk mencatat kehadiran wakil daripada ibubapa atau penjaga. Selain itu, surat untuk pemberitahuan kelas pengukuhan bagi pelajar-pelajar juga di sampaikan oleh guru kelas kepada wakil ibubapa maing-masing.

Para ibubapa atau penjaga telah memenuhi ruangan di atas masjid sambil menunggu kehadiran pegawai pelajaran daerah Tumpat yang mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia. Pegawai Pelajaran Daerah Tumpat telah hadir bersama pembantunya bagi menyempurnakan majlis tersebut. Majlis telah di mulakan dengan ucapan daripada Tuan Mudir iaitu Ustaz Suhaimi B. Haji Sulaiman dan di susuli oleh pegawai pelajaran daerah Tumpat.
           

No comments:

Post a Comment