16/05/2013

HALAQAH AL-QURAN GURU-GURU BSB


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmat Islam dan iman yang dikurniakan untuk terus kita beribadah sebelum lena menanti kanan ataupun kiri akhir amalan yang membawa samada ke syurga mahupun ke neraka. Redha dan rahmat Allah yang senantiasa hambaNya dambakan dengan perilaku amar ma'ruf dan nahi mungkar dalam kehidupan yang mencabar. 


Adapun cetusan idea untuk mengadakan halaqah Al-Quran ini adalah datangnya dari Al-Fadhil Tuan Mudir, Ustaz Suhaimi Sulaiman telahpun bermula sejak awal tahun dengan meletakkan misi untuk menghabiskan bacaan Al-Quran bersama-sama guru-guru yang lain. Objektif halaqah Al-Quran ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan suasana cintakan Al-Quran dalam kalangan guru-guru di samping untuk memperbetul bacaan Al-Quran.

Kebiasaannya, halaqah ini diadakan di bilik guru lelaki seawal jam 8.00 pagi. Guru-guru dibahagikan kepada dua kategori; pertamanya ialah halaqah dalam kalangan guru-guru lelaki bersama-sama dengan Tuan Mudir, dan keduanya halaqah Al-Quran dalam kalangan guru-guru perempuan di bilik guru perempuan. Keduanya meletakkan misi yang sama untuk menghabiskan bacaan Al-Quran.


Permulaan halaqah dimulakan oleh Tuan Mudir, diikuti dengan guru-guru dan setiap seorang diwajibkan memperdengar bacaan satu muka surat sahaja. Halaqah ini kebiasaannya mengambil masa sekitar 30 minit dan setengah juzuk berjaya dihabiskan


No comments:

Post a Comment