30/05/2013

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BOLA SEPAK ANTARA PELAJAR

Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak antara pelajar diadakan pada 29 Mei 2013 di Masjid SMU (A) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung. Majlis dirasmikan dan dijayakan oleh Tuan Mudir, Al-Fadhil Ustaz Suhaimi bin Sulaiman. Majlis diadakan sempena penutupan Kelas Pengukuhan Al-Quran yang diadakan selama seminggu bermula pada 24-30 Mei yang melibatkan pelajar seramai 89 orang. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti Kelas Pengukuhan yang diadakan. Semoga pelajar-pelajar dapat mencapai target dan meningkatkan prestasi semasa.



28/05/2013

MAJLIS MERAIKAN KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN 2012

 
 
Majlis Meraikan Kecemerlangan Peperiksaan 2012 telah diadakan di New Horizon Garden Restaurant pada 16 Mei 2013 yang lalu selepas waktu persekolahan. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan guru-guru SMU (A) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung yang berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan sepanjang 2012 yang lalu. Majlis yang dirasmikan oleh Tuan Mudir, Al-Fadhil Ustaz Suhaimi bin Sulaiman itu turut diserikan dengan kehadiran mantan Mudir, Ustaz Mohd Noor dan Pengerusi JPKS. Semoga majlis ini dirahmati dan diberkati Allah hendaknya.

18/05/2013

MESYUARAT JPKS TARBIAH DINIAH BSB










SABTU | 18 MEI 2013 : Pihak sekolah telah berjaya melaksanakan satu majlis yang telah di laksanakan sebanyak sebelas kali di mana pihak sekolah yang terdiri daripada guru-guru dan ahli JPKS telah berkumpul bersama-sama para ibubapa pelajar bagi membincangkan agenda-agenda yang perlu di laksanakan dengan persetujuan semua pihak.

Majlis Mesyuarat JPKS kali ke-11 yakni majlis mesyuarat di antara pihak sekolah dan para ibubapa pelajar dengan jayanya telah di laksanakan  di Dewan tertutup di bangunan bawah baru siap. Majlis yang di hadiri oleh ibubabapa pelajar dan ahli Jawatankuasa JPKS telah bermula pada awal pagi di mana ia di mulakan dengan sesi pendaftaran ibubapa. Dalam sambil menunggu kehadiran para jemputan,pihak sekolah telah menyediakan sedikit makanan untuk di berikan kepada para ibubapa dan para jemputan yang hadir.

Perkarangan sekolah telah di penuhi dengan deretan kereta yang teratur dimana beberapa pelajar telah di lantik bagi mengawal tapak letak kereta agar kesesatan tidak berlaku dan suasana dapat di kawal bagi melancarkan majlis ini. Majli telah bermula apabila dewan telah di penuhi oleh para jemputan yang hadir dengan ummu kitab dari pengerusi majlis iaitu Ustaz Shahran Ismail. Majlis telah di mulakan dengan persembahan nasyid oleh wakil nasyid sekolah iaitu Soutul Bsb. Selepas itu ucapan dari tuan mudir iaitu Ustaz Suhaimi b Sulaiman bagi wakil sekolah dan di susuli pula ucapan daripada wakil ahli jawatankuasa JPKS iaitu Ustaz Tengku Yusoff.

Bagi memeriahkan majlis tersebut,pihak sekolah telah menjemput pegawai dari Yayasan Islam Kelantan dan memberi ucapan bagi memberitahu perkembangan YIK sebagai yayasan yang memperkasakan sekolah agama rakyat di Negeri Kelantan bagi pengetahuan umum.  YAB Haji Abdullah Mat Nawi juga telah di jemput oleh pihak sekolah sebagai jemputan VIP untuk merasmikan Majlis Mesyuarat JPKS Kali ke-11.

Kemudian majlis telah memulakan Mesyuarat JPKS selepas majlis perasmian oleh YAB Che Lah. Ini kalilah pertama bagi Ustaz Suhaimi b Haji Sulaiman mengetuai majlis ini sebagai mudir baru yang mengantikan mantan mudir Mohd Noor Ahmad. Beliau telah memperkenalkan diri bagi pengetahuan para ibubapa,malahan senyuman beliau yang tidak lekang membuatkan majlis mesyuarat yang di jalankan dapat sambutan baik dari segi pandangan dan komen dari ibubapa dah orang lain dalam pihak sekolah mentadbir sekolah yang lebih baik dari segi rohani mahu pun jasmani serta prasarana pembangunan bagi pelajar-pelajar di sekolah ini.

Sebelum berakhirnya majlis tersebut,sekali lagi kumpulan nasyid Soutul Bsb membuat persembahan nasyid. Kemudian penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam kukrikulum dan kokurikulum telah di sampaikan oleh barisan jemputan VIP. Malahan penyampaian bagi guru-guru yang cemerlang juga di sampaikan oleh tuan mudir. Dengan ini berakhir sudah majlis ini dengan segala keputusan yang di persetujui oleh semua dalam membincangkan agenda-agenda yang di bincangkan dan perlantikan ahli jawatankuasa yang baru.

16/05/2013

HALAQAH AL-QURAN GURU-GURU BSB


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmat Islam dan iman yang dikurniakan untuk terus kita beribadah sebelum lena menanti kanan ataupun kiri akhir amalan yang membawa samada ke syurga mahupun ke neraka. Redha dan rahmat Allah yang senantiasa hambaNya dambakan dengan perilaku amar ma'ruf dan nahi mungkar dalam kehidupan yang mencabar. 


Adapun cetusan idea untuk mengadakan halaqah Al-Quran ini adalah datangnya dari Al-Fadhil Tuan Mudir, Ustaz Suhaimi Sulaiman telahpun bermula sejak awal tahun dengan meletakkan misi untuk menghabiskan bacaan Al-Quran bersama-sama guru-guru yang lain. Objektif halaqah Al-Quran ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan suasana cintakan Al-Quran dalam kalangan guru-guru di samping untuk memperbetul bacaan Al-Quran.

Kebiasaannya, halaqah ini diadakan di bilik guru lelaki seawal jam 8.00 pagi. Guru-guru dibahagikan kepada dua kategori; pertamanya ialah halaqah dalam kalangan guru-guru lelaki bersama-sama dengan Tuan Mudir, dan keduanya halaqah Al-Quran dalam kalangan guru-guru perempuan di bilik guru perempuan. Keduanya meletakkan misi yang sama untuk menghabiskan bacaan Al-Quran.


Permulaan halaqah dimulakan oleh Tuan Mudir, diikuti dengan guru-guru dan setiap seorang diwajibkan memperdengar bacaan satu muka surat sahaja. Halaqah ini kebiasaannya mengambil masa sekitar 30 minit dan setengah juzuk berjaya dihabiskan


15/05/2013

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN



Janji daripada pihak kerajaan untuk membantu pelajar rakyat Malaysia telah di tunaikan apabila pihak sekolah  SMU (A) TARBIAH DINIAH BUNUT SARANG BURUNG  telah diminta untuk membuat majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan bagi sesi 2013. Majlis tersebut dengan jayanya telah di laksanakan oleh pihak sekolah pada hari Isnin yang lalu bertarikh 18 Mac 2013.


Sebelum hari penyampaian, pihak sekolah telah mengirimkan surat jemputan ke majlis tersebut kepada para ibubapa dan penjaga pelajar. Hal ini kerana syarat penerimaaan bantuan persekolahan ini mesti di wakili oleh ibubapa atau penjaga para pelajar dan pelajar tidak di benarkan untuk mengambil wang tersebut tanpa wakil dari ibubapa. Walau bagaimanapun, bagi ibubapa atau penjaga yang berada luar Kelantan di benarkan untuk mengambil dengan syarat bantuan tersebut mestilah di masukkan terlebih dahulu kedalam akaun simpanan sekolah masing-masing.

Majlis telah bermula dengan kehadiran ibubapa dan penjaga seawal jam 02.45 petang dan majlis penyampaian di adakan di atas Masjid sekolah iaitu Masjid Hafsah BINTI Umar R.A. Para guru bagi setiap kelas telah di tugaskan untuk mencatat kehadiran wakil daripada ibubapa atau penjaga. Selain itu, surat untuk pemberitahuan kelas pengukuhan bagi pelajar-pelajar juga di sampaikan oleh guru kelas kepada wakil ibubapa maing-masing.

Para ibubapa atau penjaga telah memenuhi ruangan di atas masjid sambil menunggu kehadiran pegawai pelajaran daerah Tumpat yang mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia. Pegawai Pelajaran Daerah Tumpat telah hadir bersama pembantunya bagi menyempurnakan majlis tersebut. Majlis telah di mulakan dengan ucapan daripada Tuan Mudir iaitu Ustaz Suhaimi B. Haji Sulaiman dan di susuli oleh pegawai pelajaran daerah Tumpat.
           

14/05/2013

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN 2013
























Ujian Pertengahan Tahun 2013 diadakan pada 9-23 Mei yang merangkumi ujian subjek akademik dan arab. Bagi ujian penilaian Al-Quran (Syafawi & Tahriri) telah dijalankan seminggu lebih awal pada 28 & 29 April; sebelum cuti tahfiz yang bermula pada 30 April sehingga 6 Mei. Pelajar-pelajar kini sedang bertungkus-lumus untuk menghadapi ujian yang bakal tamat sebelum pembukaan cuti penggal nanti. Semua pelajar bermula dari pelajar Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima diwajibkan menduduki peperiksaan yang dijalankan di kelas masing-masing dengan pantauan oleh guru-guru yang bertugas mengikut jadual.

Adalah diharapkan pelajar-pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaALLAH.

PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA ARAB PERINGKAT ZON 3

Dalam membuat persiapan bagi pertandingan nasyid tasrif dan “hiwar” bahasa arab bagi tingakatan dua dan tiga,dua orang wakil sekolah telah mempersiapkan diri bagi pertandingan syarahan bahasa arab zon 3 pada 10 April 2013. Muhammad Azri b Mohamed dan Aziz Ifwat b Mohamed telah di wakilkan oleh pihak sekolah untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah diadakan di sekolah SMU (A) BUSTANUS SAADAH MORAK sebagai tuan rumah bagi pertandingan ini.

Pertandingan ini telah di mulakan pada pukul 9.00 pagi bertempat di dewan bukaan dua kelas bersebelahan dengan kantin sekolah tersebut selepas sesi pendaftaran peserta. Majlis telah di mulakan dengan ummul kitab Al-fatihah oleh pengerusi majlis selepas semua para hakim dan pencata masa mengambil tempat masing-masing. Majlis telah di mulakan dengan ucapan dari ketua hakim yang telah membacakan beberapa peraturan umum dan markah yang telah di tetapkan bagi pengetahuan dan peringatan kepada penonton dan peserta yang hadir pada majlis pertandingan tersebut.
       
Peserta yang pertama adalah peserta lelaki dari sekolah SMU (a) Meheliah Geting yang mengambil tempat di hadapan pentas dengan begitu bergaya sekali namun tidak dapat di lihat bahawa peserta ini datang untuk menang. Hal ini kerana peserta yang seterusnya dan seterusnya tidak kurang hebatnya di mana peserta nombor tiga iaitu wakil dari sekolah kita juga telah memberi syarahan yang terbaik biarpun suara yang lantang namun tidak dapat menarik perhatian juri oleh kerana kegugupan beliau dalam pertandingan tersebut.
        
Peserta perempuan yang terakhir dari sekolah Maahad Muhammadi Tumpat telah memukaukan para hakim dan penonton dengan gaya dan kefasihan beliau dalam menyampaikan syarahan bahasa arab ini telah membuatkan para hakim sentiasa tersenyum dan menggangguk faham akan syarahan yang di sampaikan oleh peserta ini. Pada akhir,penyampaian hadiah telah di umumkan oleh ketua hakim dengan tiga pemenang bagi peserta lelaki dan tiga peserta perempuan. Johan bagi katogeri lelaki yany mencata markah keseluruhan adalah 84% adalah dari sekolah MMT dan naib johan adalah sekolah dari MTST dan tempat ketiga pula jatuh kepada peserta dari sekolah SMU (A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat dan ini menunjukkan bahawa peserta bagi sekolah kita hanya mendapat saguhati dan sijil penyertaan namun kami tetap berbangga akan pencapaian yang telah di berikan oleh dua orang peserta dari sekolah kita.
      
Bagi peserta perempuan pula johan telah di menangi oleh sekolah yang sama iaitu peserta yang memberi syarahan yang memukau dari sekolah MMT yang bernama Fatin Aqila dan naib johan pula peserta daripada tuan rumah manakala bagi tempat ketiga jatuh kepada sekolah SMU (A) Maheliah Geting. Hadiah telah di sampaikan oleh tuan mudir sekolah iaitu Ustaz Wan Fakhrurazi dan sesi bergambar bersama pemenang di akhir majlis.
      
Maka berakhir sudah pertandingan syarahan bahasa arab zon tiga dan kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan juga peserta dari sekolah kita juga kami bangga kerana berani untuk berdiri di hadapan khalayak ramai. Semoga tahun depan kemenangan berpihak pada sekolah kita pula InsyaALLAH.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT ZON 3



Pada awal bulan APRIL sekolah SMU (A) TARBIAH DINIAH BUNUT SARANG BURUNG telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola tampar peringkat zon 3. Seawal pukul 8.30 pagi meja pendaftaran telah di penuhi dengan wakil pelajar dari sepuluh buah sekolah yang datang bertanding dengan bayaran pendaftaran sebanyak RM60.00 setiap sekolah yang mewakilkan 12 peserta.
         
Pada pukul 9.00 pagi pertandingan ini telah di mulakan dengan pertandingan dari sekolah SMU (A) NURUL  HUDA KAJANG SEBIDANG dan lawan meraka adalah tuan rumah. Pertandingan ini semakin gamat apabila tuan rumah telah berjaya memasuki separuh akhir dan kemudiannya sekolah kita telah memerah keringat dengan lawan daripada SMU (A) MEHELIAH GETING yang telah berjaya memasuki separuh akhir setelah mengalahkan sekolah daripada MAAHAD TAHFIZ SAINS TUMPAT.

        



Namun kemenangan telah berjaya di capai apabila sekolah kita dapat mengalahkan lawan dan seterusnya layak ke peringkat akhir perlawanan yang bertemu dengan Maahad Muhammadi Tumpat. Sebelum pertandingan peringkat akhir di adakan di antara Mahaad Muhammadi Tumpat dan SMU (A) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung,pelajar-pelajar telah di jamukan dengan jualan gerai makanan yang di buka oleh guru-guru sekolah dan antara makanan yang di jual adalah aiskrim,keropok,colek buah dan lain-lain lagi.

         

Menjelang waktu tengah hari pertandingan peringkat akhir telah di mulakan dan kemenangan bagi set pertama telah di menangi oleh sekolah lawan manakala set kedua pula di menangi oleh sekolah tuan rumah. Dalam kepanasan yang membahang pada waktu tengah hari para penonton semakin galak memberi sokongan bagi sekolah masing-masing dalam set penentuan bagi kedua-dua pasukan. Namun dengan tamparan tajam dari pada sekolah kita telah dapat di catas oleh sekolah lawan dan akhirnya mata akhir telah dapat di pungut oleh sekolah lawan dan secara rasminya  Mahaad Muhammadi Tumpat telah menjadi juara serta akan menwakili Zon Tumpat bagi pertandingan MASSAK 2013. Dengan ini juga sekolah kita telah mendapat naib johan dan secara puratanya sekolah kita adalah juara bagi di hati  para pelajar sekolah kita. Kami menucapkan Tahniah di atas kemenangan ini dan semoga tahun hadapan akan menjadi juara pula InsyaALLAH!!!!!